Monday, March 15, 2010

DERIA

di bawah rimbun bayang-bayang yang tenang
aku terpanggil
merisik dukamu

mungkin sidia tidak pernah mendengar
bisikan hatimu
ketika mencintai dia

lihatlah kepada sekawan camar dilaut, menerjah
sang ikan
di permukaan air
kerana derianya

cinta mempunyai deria
mempunyai lenggok
hanya
jangan tersalah mengerti

seperti rimbunan bayang-bayang tempat
aku menumpang teduh
aku kagum kepada alam
meluahkan cintanya kepada kita
kadangkala kita menyombong diri

sejujur menemukan deria akhirnya menemukan
cinta !

2 comments: