Saturday, March 13, 2010

JADI TEGUH

pergunakanlah sepenuhnya
hari ini
tanpa percaya pada hari esok

pasangkan angan-angan
serentak dengan tindakan
demi mencapai hasil yang hebat

jangan pedulikan sesiapa yang memberi pujian
kerana terpaksa berhenti sekejap
untuk menyambut pujian itu

berterusanlah
sehingga menjadi lelaki yang teguh
yang mengerti kehidupan

1 comment:

  1. Muga hati lelakimu seteguh semangatmu..Semalam adalah kenangan..,Hari ini adalah kenyataan..,dan esok adalah harapan..melangkahlah hari ini untuk menikmati indahnya esok..

    ReplyDelete