setiap langkah pada setiap lorong
dipenuhi penipuan
menjadikan kita seperti manusia
yang sentiasa ragu
pada segala petunjuk
kerana ramainya manusia yang ingkar
pada setiap tanda
seperti penunjuk jalan
jalan kepura-puraan
adakah manusia takut, akan berubah ?
pada setiap perhitungan
atau sekadar 'melepaskan batok di tangga'
akhirnya kita menjadi ragu
kepada semua manusia, dan dia pula ragu
kepada kita
kerana kita pun dilihat seperti manusia
untung binatang tidak tahu bercakap-cakap
apakah kita dapat diragukan oleh mereka yang munafik?
ReplyDelete