Friday, March 19, 2010

DI PINGGIR SEPOHON KEMBOJA

kuingati semula watak-watak penting dalam kehidupan
termasuklah mereka yang telah pergi
seketika aku terdiam sebentar
di pinggir sepohon kemboja

maafkan dosa-dosaku, duhai ibu dan bapa
aku sentiasa menempuhi kesulitan
hanya kumaniskan segalanya dengan doa
atau sedikit gurauan

di sinilah aku
kadang-kala
merenung jauh perjalanan
akhirnya akan ke sana jua

2 comments:

  1. Salam Zawawi Aziz,

    "ya, kita akan pulang juga akhirnya - pasti".

    ReplyDelete