si pemasang impian
di laluan tangga-tangga yang berdiri ke langit
menogok cerah langit dari gomolan awan
rindu jua kepada suara burung, nyalaan permulaan
cinta desa
bermula sejak subuh
apa yang meriakkan mata mengenang kekasih pergi
nyata dia tak ingin kembali
kami telah berperang dengan dosa angan-angan
keceluparan bersila di tengah-tengah
menodai lapangan di arena
benar tiada yang ajaib
sekelip cahaya berlegar memantulkan rasa
gumpalan awan menebarkan hujan
terperangkap di gubuk puisi ini
enggan merasa tertewas
Wednesday, March 30, 2011
1 TUHAN
menyintai warna-warna yang cerah
menyisihkan warna suram
di sini atau di sana jangan berpura-pura
ada hajat dan ada niat tersirat
aku dan engkau sama-sama mencari
menangis atau ketawa silih berganti
kiranya hujan turun kita basah
mungkin mencari tempat teduh mungkin merempuh
bahagia yang kita cari itu
kadangkala di celahan diri, terselindung tersangat dekat
di atas slogan apakah yang patut kita sebut
kerana kita tidak kebal, lalu mati, meninggalkan satu-satunya
di antara cinta kemenangan yang palsu
kasih sayang di dalam keraguan amat menakutkan

APA NIAT TERSIRAT?
jika bukan dengan niat
ia tidak akan bermula
samaada kebaikan apalagi kejahatan
ikhlas tetap tidak kelihatan
tetapi menunjuk-nunjuk jua satu kerosakan
sudah pasti
mungkin tersalah
namun keikhlasan dan kejujuran
adalah pancang perjalanan diri yang sentiasa diburu
apakah niat kamu menyokong mereka
yang menyebarkan gambar lucah
tanpa hiraukan panduan, jika masih Dia itu
namanya Tuhan ?

Monday, March 28, 2011
YANG KAU JANJIKAN
menunggu segugus puisi
untuk lara penantian
ku usung ingatan
pada silam yang telah jauh
ketika mimpi-mimpi masih sendat
sepatu masih kukuh berjalan
menerjah semua dinding pesona
masih ku nanti segugus itu
puisimu
tidak pernah kesampaian ia
aku menjerat diri
di sebuah rimba kelam
ketika bayang-bayang hitammu berubah putih
masih aku memerhatikan daun-daunan rindu
yang terbang melayang
seakan masih menanti
segugus puisi yang kau janjikan

KEPADA MAHATHIR
sepohon rimbun
yang kau cantas daunnya
enggan bertunas semula
sepohon rimbun
tempat kami berteduh
telah ditembusi mentari
sepohon rimbun
kami menulis puisi dibawahnya
pangkinnya telah roboh
sepohon rimbun
berkawan-kawan keluang dan kelawar berebut buah
mereka semakin tamak
sepohon rimbun
dahannya telah sekah
rantingnya rosak binasa
itulah sepohon rimbun
yang kau pusakakan
untuk cucu dan cicitmu

Sunday, March 27, 2011
IMAN
lanjutkan kemenangan
pada latar cinta yang bersih
dengan nilai kemanusiaan sejagat
bukan hanya mereka-reka
bukan suka-suka membina cerita
akhirnya segala menjadi duka
pada latar cinta yang bersih
dengan nilai kemanusiaan sejagat
bukan hanya mereka-reka
bukan suka-suka membina cerita
akhirnya segala menjadi duka
Friday, March 25, 2011
KERDIP RINDU
sejuta kerdip rindu
menyuraikan penantian yang lama
di hati yang hampir beku
bersyukur aku, bersyukur
hanya dengan segaris
aku telah di sini
di hadapan cinta yang agung
sebahagian perjalanan
seperti perca kain
tidak keruan rentaknya
cinta yang agung
ditemui di dalam sunyi diri
di dalam bahasa yang lembut
menggapai sejuta makna yang jauh
merangkaikan cinta maha agung
dengan sejuta kerdip rindu
bertemu dan menyatu
menyuraikan penantian yang lama
di hati yang hampir beku
bersyukur aku, bersyukur
hanya dengan segaris
aku telah di sini
di hadapan cinta yang agung
sebahagian perjalanan
seperti perca kain
tidak keruan rentaknya
cinta yang agung
ditemui di dalam sunyi diri
di dalam bahasa yang lembut
menggapai sejuta makna yang jauh
merangkaikan cinta maha agung
dengan sejuta kerdip rindu
bertemu dan menyatu
Thursday, March 24, 2011
BUDI KATA-KATA
keluar dari kotak puisi
aku bertemu budi kata-kata yang berbunga seperti ini
apabila harta negeri berpusaran di kalangan
orang-orang tertentu
apabila amanah yang diberi oleh rakyat dianggap sebagai
peluang menambah harta
apabila zakat dianggap cukai
apabila lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya
apabila dia memuliakan kawan lalu berkasar dengan bapanya
apabila hingar bingar di dalam masjid
apabila orang yang menjadi ketua di kalangan kaumnya
merupakan orang yang jahat lagi hina
apabila dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya
apabila arak diminum dengan kagum
apabila sutera diperagakan oleh lelaki
apabila penyanyi wanita dimuliakan serentak dengan alat muziknya
apabila orang-orang terakhir di kalangan umat ini
mengutuk kesilapan orang-orang yang terdahulu

MATINYA ISI FIKIR
garis kecundang sedang menghampiri
ketika rakyat masih berpeleseran di luar kotak
isi fikir sempurna masih tersimpan
satu-satunya nilai ialah cemburu
isi fikir dari kotak fikir yang berbalut rapi
mereka lalu memasang lukah di pergentingan
kerana kerakusan manusia
memunggah hingga tidak bersisa
penjelmaan kesempurnaan ditendang lalu terpelanting
isi fikir kian meminggir
kematiannya semakin hampir
(tunggulah datangnya jerebu, tsunami, gerak gempa)

DASAR SI PENGECUT
barangkali bingkai tanpa gambar
di dinding suram ini
tergantung penuh ragu
kemanusiaan yang parah menghimpitnya
menjadi hina hanya dengan kata-kata
berundurlah, berundur
sesudah perit jerih ditempuh
melintasi mereka yang hanya bergoyang kaki
sebahagian manusia ini penakut, pembodek,
tidak setia dan pembelot
adakah kamu di situ ?
(ketika aku menatap poster DSAI yg lusuh di dinding sebuah premis)

Wednesday, March 23, 2011
UMI HAFILDA
simpan kata-katamu untuk sebuah cinta
kemanusiaan
kerana engkau telah jauh
simpan kata-katamu untuk menjadi seorang
isteri yang baik, siapa tahu ?
simpan kata-katamu supaya ada tanda harga
di wajahmu yang terluka
simpan kata-katamu untuk ikrar
persetiaan
simpan kata-katamu
dari kelodak durjana

GARIS KEDUT
sejuta puisi yang ku tulis
tidak mengubah garis kedutku
seketika meneroka gerimis senja
aku rindukan sebatang pohon
yang teguh dan setia
di sejalur lorong yang ku kagumi
aku rindukan laut
demi laut seakan menantiku datang
lalu menyerahkan kasih sayang
di suatu senja
gerimis
pohon
lorong
laut
puisi
dan aku
serta garis kedut di dahi
tidak mengubah garis kedutku
seketika meneroka gerimis senja
aku rindukan sebatang pohon
yang teguh dan setia
di sejalur lorong yang ku kagumi
aku rindukan laut
demi laut seakan menantiku datang
lalu menyerahkan kasih sayang
di suatu senja
gerimis
pohon
lorong
laut
puisi
dan aku
serta garis kedut di dahi
Tuesday, March 22, 2011
SAMSENG POLITIK
ibu segala duka
kini bertandang
pembelotan
pemalsuan
penindasan
kiranya semua itu tanpa punca ?
siapa yang merelakan
samseng politik
mengheret kepala lembu
mengheret sama kebodohon mereka
ke dalam kelebur berlumpur
hampir-hampir mereka mati
meragan
betapa hina samseng ini
mencuba memerintahkan tuhan
berlaku adil kepada kejahatan sendiri
mereka mengusung duka rakyat bersama
kami kebencian di dalam ketakutan
kerana mereka sanggup melakukan apa jua
seperti terbukti
menteri perdana yang telah mati
isi fikirnya?
(apabila bukti kes DSAI ditolak mahkamah)

DOKTOR DI DALAM RUMAH 2
berkali-kali diketuk-ketuk kepalanya
tidak ada keputusan
detik kian mendekat pula
rumah kecilnya disana
apakah dindingnya
apakah jenama jubin lantainya
sambutan penyokong-penyokongnya
adakah sehebat 'semarak'
beribu-beribu janji setia dilafazkan
dari jendela dia melihat legasinya
sedang membina cerita di sebalik cerita
tentang adindanya, anwar ibrahim
merobek-robek laranya berpanjangan
teringat Ibrahim Libya dan kuncu-kuncunya di sana
sedang menunggu dia ?
'sup tangan siapa teringin, datanglah ke kelantan'
dengan yakin dia tersenyum tanpa sedikitpun rasa rawan
'elok kita tafsirkan semula al-quran supaya sepadan zaman'
(ll)
doktor di dalam rumah itu
tanpa doktor yang lain
kini sedang merawat diri dan hatinya sendiri

TANAH MELAYU
seperti duka yang pernah kau pilih
melihat dari dalam, jauh-jauh
bukan untuk menangis
bukan untuk mengeluh
bukan simpati
bukan untuk merasa rugi
ia tidak dapat diganti
ia telah pergi
inilah tanah melayu
namanya dan sejarahnya
bukan dirosakkan oleh binatang buas
tetapi oleh manusia berhati ganas
tanah melayu
sekepal digenggam untuk dilemparkan kelaut
kononnya akan menjadi pulau
manusia yang menggenggam erat nama dan bintang gelarannya
bersenang-lenang di perbukitan mimpi
menunggu bersua gunung pula

Monday, March 21, 2011
APABILA TUHAN MENJAUH
apabila mereka mulai mentertawakan tuhannya
dahulu merekalah yang mentertawakan patung tuhan
kini teknologi canggih
ramai mulai ingin mencipta tuhan ikut imajinasi
apabila nilai cinta mulai surut
yang baik dan buruk kelihatan sama, watak-watak menghiburkan
di tangan mereka ada kuasa, di jari mereka ada suara
sekelip mata ramai akan tersiksa
segalanya seolah-olah tanpa punca, lalu mereka berseminar mencari rahsia
namun yang lapar terus meneroka
apabila tuhan mulai kelabu, teknologi menjernihkannya
di antara rasa kagum dan kehilangan, kita kian bingung
(rakaman seks terbaru DSAI)

Sunday, March 20, 2011
SEJUTA PUISI
sejuta puisi yang kita tulis
tidak mengubah sepadang pepohonan rendang
menjadi sebuah taman perumahan mewah
sejuta puisi yang kita tulis
tidak mengubah harapan seorang pelacur
mereka mahu wang
sejuta puisi yang kita tulis
si perasuah masih menuntut
sejumlah wang yang patut
sejuta puisi yang kita tulis
pencuri masih mencuri tabung masjid
masjid kini dibuka bukan setiap masa
sejuta puisi yang kita tulis
wanita bernafsu melebar lelaki yang memikul beban
kerana tuhan mengamanahkan
sejuta puisi yang kita tulis
masih mereka menadah harap kepada dubur seseorang
untuk menyambung hayat politik
sejuta puisi yang kita tulis
nafsu cinta masih membadai
kesinambungan hanya mereka yang tahu
sejuta puisi yang kita tulis
bayi tidak sah taraf masih dicampak dimerata
tali pusat belum dipotong
sejuta puisi yang kita tulis
seumpama talkin dideklamasikan di kuburan

Saturday, March 19, 2011
SEPERTI BUIH
sisa-sisa detik hanyut seperti buih
terapung di dada laut
terolang aleng
hanya
diburu kerlingan mata
sang perindu
buih-buih dikasari ombak
patah berpusaran dan pecah
pada setiap saat
perindu itu masih termenung
setiap detiknya diratah kesepian
satu demi satu
terapung di dada laut
terolang aleng
hanya
diburu kerlingan mata
sang perindu
buih-buih dikasari ombak
patah berpusaran dan pecah
pada setiap saat
perindu itu masih termenung
setiap detiknya diratah kesepian
satu demi satu
SIMPUL
dengan sedikit simpul
manusia terjerat
atau terpedaya
untuk selamanya
sanggupkan mereka bersihkan jalan
selain berfatwa
membina kewajaan di dada
kukuh dan teguh
merintis perubahan
tidak mungkin
apabila undi lebih berkuasa
yang tolol itu
lebih baik ditololkan semahunya !
(isu al-kitab di dalam bahasa Melayu)
manusia terjerat
atau terpedaya
untuk selamanya
sanggupkan mereka bersihkan jalan
selain berfatwa
membina kewajaan di dada
kukuh dan teguh
merintis perubahan
tidak mungkin
apabila undi lebih berkuasa
yang tolol itu
lebih baik ditololkan semahunya !
(isu al-kitab di dalam bahasa Melayu)
Friday, March 18, 2011
ZOL NOORDIN
wajah kesatmu di atas lantai diludahi
dikencing dan diteranjang semahunya
jengkel dan berkulat seperti bangkai binatang tidak bernama
martabatmu diinjak-injak dihentam
seperti mayat membusuk dengan ulat dan cacing
mencakar-cakar penuh kebiadapan
wahai jika kau masih belum sedar
jadilah kau seperti binatang yang sekurang-kurangnya
pandai berbudi
janganlah kamu bersuara lagi
kami benci
benci!

Thursday, March 17, 2011
DUNIA POLITIK
duka bertembung suka
atau sebaliknya
inilah dunia kami
mencari benar
pada perjalanan kehidupan
di sebatang sungai mimpi
yang mengalir dari danau ke lautan
kami anak semua bangsa
rumah ini berkaca
atau sebaliknya
inilah dunia kami
mencari benar
pada perjalanan kehidupan
di sebatang sungai mimpi
yang mengalir dari danau ke lautan
kami anak semua bangsa
rumah ini berkaca
Wednesday, March 16, 2011
DI ARENA INI
ruang ini tidak terbatas untuk berbicara
sayu rasa atau jitu membara
ruang ini tidak mengerti apa yang dikata
dia hanya menerima kata-kata
engkau berkata benar pastilah tuhan telah tahu
hanya kita memilih menambah untuk manusia
damai dan abadi rasamu aku sentuh
bukan di bibirmu tetapi di hatimu yang jauh
mari berkelana dengan isi sepadang cinta kemanusiaan
di lorong itu di pentas hitam putih kehidupan
kerana dibekalkan sedikit rasa dan kesanggupan
buih kata-kata yang menjadi penentu
lalu aku rindu kepadamu seperti ternampak
bayang-bayang kelam sebuah gunung yang indah dengan lanskap
di arena kata-kata tanpa suara, pilu tanpa wajah
dan sengsara tanpa warna
kata-kata bernas bak ketulenan perjuangan, takut atau berani
bukan persoalan
di arena ini lalu kukenalkan rasaku
aku mencintai rasamu seakan engkau hadir
(kepada teman-teman puisi, ramai telah menghilang)

Tuesday, March 15, 2011
RUMAH KOTOR INI
ini rumah yang kotor
engkau datang bertandang, masuklah
atau engkau nyahlah jauh-jauh
jangan hampiri rumah kotor ini
di sini segala debu, air kencing bertaburan
engkau perlu selalu melompat
hidulah hapak dan hancing
di sini kadangkala
tersedia teh dan kopi o
roti masin atau roti canai, makanlah
puntung rokok, air ludah merata-rata, kertas dan
berkajang-kajang mimpi tidak bertulis
bersepahan dibawa oleh
si pemainnya
ini rumah kotor
namun
kami hanya ingin bicara hal-hal yang bernas
masuklah atau berambus !
(apabila N.Gobalakrishnan meninggalkan PKR, seperti diduga)

SEPATU SUMBANG
mereka dengan sepatu sumbang, melangkah
memilih memeras kemanusiaan
di corong hidup satu destinasi ini
tuhankah di hadapan atau kerlipan cahaya
membakar naluri ?
hidup menyonsang, mengundur dari halatuju
lelaki pengecut itu
memasang lukah di pergentingan
di atas slogan retorik apakah, bukankah
kata-kata tuhan yang perlu didahulukan ?
('Najib bergantung kepada dubur Saiful', kata DSAI,
merujuk kepada kesnya di mahkamah kanggaroo)

Monday, March 14, 2011
DETIK
segumpal detik bersisa
dengan sepotong rindu ngilu
menguis-nguis garis tipis
di lantai hari yang telah kering
basahkan tangan dengan air
dari telaga hati
di bawah rimbun sepohon damai
mengusap-usap
sekepul cahaya yang muncul dari celahan
daunan
masih ia
seperti janjinya semalam
engkau yang memburunya
dengan sepotong rindu ngilu
menguis-nguis garis tipis
di lantai hari yang telah kering
basahkan tangan dengan air
dari telaga hati
di bawah rimbun sepohon damai
mengusap-usap
sekepul cahaya yang muncul dari celahan
daunan
masih ia
seperti janjinya semalam
engkau yang memburunya
Sunday, March 13, 2011
TSUNAMI
biarkan titik-titik noda berlari
jalan ini cukup panjang
hanya apabila tuhan menghentikannya !
jalan berliku ini untuk senyuman yang panjang
si pencari laba, memungut seribu satu serpihan kehibaan
si marhaen yang hanya menyusahkan mereka
menilai kesempurnaan melalui janji-janji tuhan, kini
segala telah punah, di sini tsunami datang menghitung diri mereka
dengan kasar tanpa membatasi apa-apa jua kekaguman !
(tsunami hanya dikenang oleh insan yang masih bernafas)

BERBOHONG
dia berbohong kepada lantai tempat dia berdiri
kerusi dan meja ternganga terlopong
berderet-deret rentetan sesudah menjadi sejarah
satu persatu dilukisnya
persis hanya semalam
berkisar
dari birai jendela dia tersenyum kagum
kepada dirinya sendiri
watak-watak kasar melayu kini
diserahkan kepada alam seterusnya !
(apabila Ku Li berang kepada M)

Friday, March 11, 2011
DI KOTA MARHAEN
lelaki menipiskan ragunya
dia di kota marhaen
hujan melebat mencurah lalu mereka bermurung
rezeki mencabar, berebut dengan burung-burung gagak
dari kolong-kolong bercanggah-canggah arah mereka yang lain menghela
harta, mereka berlari-lari, sekian lajunya
siapakah mereka itu yang bertopeng hitam tanpa diekori
si gagak, merenihkan peluh di dahi dan kelihatan cemas
ya, sedarlah lelaki itu yang hanya memaut rezeki dari
tangan-tangan si pendusta yang belum pernah tumpas
ini kota marhaen, lalu di tutupnya tirai
(apabila RM888 billion dilaporkan lesap keluar dari negaraku)

HIJRAH
supaya kita memilih perubahan
satu demi satu anak tangga
dulu kita pernah terjatuh
di anak tangga pertama
kejayaan akan membawa kepada perubahan
hanya bagaimana untuk kekalkan kejayaan itu
jangan takut kepada niat seorang muslim sejati
dia yang merenung kepada janji-janji tuhan
abaikan mereka yang menyorong sepadang cinta
bahagia dunia yang sementara
mengajak ke disko, karaoke, kelab dangdut
selorong yang begitu berat bagi kaki melangkah
tidak menyamai apa-apa pun
(apabila Bob Lokman menyeru pemuda-pemudi sertai PAS)

Thursday, March 10, 2011
BARUA DI KALANGAN BANGSAKU
menggelepar ketakutan, bingung dan buntu
ada ruang mudah senang mereka pilih
mengecilkan diri lalu lolos ke sebuah lubang yang asing
sambil menafikan terperangkap
sering aku bertanya, bangsaku , kenapa
bersimpati dengan si bangsat yang menabur berbukit-bukit
kepalsuan, bersekongkol dengan setan-setan timur yang
kelihatan beradap tetapi bersarung, bertopeng dan bertanduk
seperti jua setan-setan tertua yang tertinggi pangkatnya
lalu bangsaku menghasilkan barua sehebat itu !
( Ezam, Zol Nordin dan lain-lain yg setaraf ! )

PERINTIS REFORMASI
untuk sekujur kesepian hati
merenung ketewasan dengan tabah
memamah kesabaran
ruang kosong bergemerencing dengan suara-suara sendat
sumbang, memercikkan kebencian amat
menggerutu kebuntuan
untuk kesekian kalinya
meneroka kembali mimpi-mimpi yang jauh
bersulam rindu perjuangan yang digapai
demi lorong-lorong kekaguman yang pernah dirintis !

Wednesday, March 9, 2011
DOKTOR DI DALAM RUMAH
diajar untuk menjadi tuan kepada diri sendiri
menyusun beribu tari dan langkah, dengan hanya akal
akhirnya dia kekal menjadi serampang banyak mata
dia memilih melengkungkan nikmat untuk orang lain
kehadapan dirinya sendiri supaya terhidang lalu
santaplah ia seperti raja lalu ketawa
berdekah-desah, tanpa sedikitpun susut rasa
takbur serta ujub
melainkan mungkin...

Tuesday, March 8, 2011
RUMPUTAN SUBUR DI HALAMAN
subur rumputan di halaman rindu
mengikis sayu ragu kemanusiaan yang culas
menanam sepohon peradaban
di bawahnya mereka berteduh
kerana mereka tahu tetapi takut
mengiyakan kata-kata kewajaran lalu mereka
berselindung di sebalik wajah-wajah kesat
si pemberani yang kelihatan yakin melemparkan kata-kata celupar
membolak-balikkan minda rakyat
kerana insan rupanya
penganjung jua
kepada kata-kata sipi
yang menyerupai
kebenaran
yang telah
dipasung mati ke jiwa raga mereka
inikah acuan ?
aku lalu bertanya
kepada rumput-rumput subur di halaman

BERKATA BENAR
yang tidak disangkal ialah kebahagian
meniti jalanan
muncul hanya dari sebuah kejujuran
berkata benar dan pahitnya ditelan
kenapa rasa gundah
bicara kepada manusia seperti bicara
kepada tuhan jua, di dalam doa
mengaku apa yang kurang
hayat malam yang tidak panjang
hayat siang silih berganti
jangan sorokkan
meniti jalanan
muncul hanya dari sebuah kejujuran
berkata benar dan pahitnya ditelan
kenapa rasa gundah
bicara kepada manusia seperti bicara
kepada tuhan jua, di dalam doa
mengaku apa yang kurang
hayat malam yang tidak panjang
hayat siang silih berganti
jangan sorokkan
Monday, March 7, 2011
MARAH
jangan
hanya segaris tipis
membuang diri menjadi langsung tidak berguna
jangan lontarkan rasa
di hadapannya
lontarkan kata-kata
di dalam puisi
marah itu akhirnya akan basi
hanya segaris tipis
membuang diri menjadi langsung tidak berguna
jangan lontarkan rasa
di hadapannya
lontarkan kata-kata
di dalam puisi
marah itu akhirnya akan basi
Sunday, March 6, 2011
MERLIMAU DAN KERDAU
joget lambak, berdondang sayang,
bergelek sampai ke pagi
ini negeri penyanyi
semua mereka bahagia
memacakkan telunjuk 1malaysia
demi jari-jari mulus yang telah memercikkan semangat
cahaya kepada laba jua melata-lata
bergantungan di setiap dada
namun sebahagian mereka
masih merobek-robek
membanding-bandingkan
di antara isi atau kulit

Friday, March 4, 2011
GETIR
ini adalah getir yang menumpahkan akibat
kerana berhamburan kepalsuan
dibina dari pasir dan batu yang diangkut
dari gubuk dendam manusia yang berhati walang
kini adalah hari-hari ajaib mencari jernih
yang berlangsung di bawah sinaran mentari perit
yang telah dimaki oleh selautan manusia
di birai jiwa mereka yang merasai kekejaman
menumbuhkan jelek dari acuan 22 tahun lelaki
pendusta itu

RASUAH PILIHANRAYA
hanya kelongsong rindu
yang berbaki
kepada tuhan
dari jendela mereka mengintai harap
rezeki datang mencurah
tanpa peduli
hakikatnya
hanya kelongsong rindu, mengarak matanya
melihat ke sebuah sudut
tergantung sehelai sejadah
agama itu hanya candu
saat-saat ini adalah waktu yang sia-sia
untuk berkira-kira

TUHAN MELIHAT KEBENARAN
hidup ini mencari damai sepatutnya
dengan panduan
tidak wajar sehingga ke subuh mendengar
lolongan anjing menjerkah di lorong belakang
tuhan ada di situ, tuhan melihat dan mengerti jelas
pertanyaan-pertanyaan hambanya akhirnya
terjawab dengan sendiri
kini dimamah usia
tiada kata-kata nasihat terpacul dari mulut
zaman silamnya telah celupar
tuhan mengetahui semua
tanpa kata-kata dengki atau dendam, betapa hebat ?

Thursday, March 3, 2011
TAFSIR HATI
bukan segalanya, aku
berjalan-jalan di pinggiran
tidak banyak yang sempurna
betapa hati ingin, mengusap-usap kejernihan
seperti sering aku dambakan
dari sebuah ruang fikir yang terhad
meneliti tali-tali peradaban manusia
tidak banyak dapat disesalkan
mereka mengejar mimpi masing-masing
bagaimana mahu mencari silap
tertuang di telinga adalah
kejujuran
kejernihan
kebersihan hati
sekiranya mungkin
kerana semuanya ada di dalam diri

Subscribe to:
Posts (Atom)