Thursday, March 24, 2011

MATINYA ISI FIKIR

garis kecundang sedang menghampiri
ketika rakyat masih berpeleseran di luar kotak
isi fikir sempurna masih tersimpan

satu-satunya nilai ialah cemburu
isi fikir dari kotak fikir yang berbalut rapi
mereka lalu memasang lukah di pergentingan

kerana kerakusan manusia
memunggah hingga tidak bersisa
penjelmaan kesempurnaan ditendang lalu terpelanting

isi fikir kian meminggir
kematiannya semakin hampir

(tunggulah datangnya jerebu, tsunami, gerak gempa)

No comments:

Post a Comment