Friday, March 4, 2011

GETIR

ini adalah getir yang menumpahkan akibat
kerana berhamburan kepalsuan
dibina dari pasir dan batu yang diangkut
dari gubuk dendam manusia yang berhati walang

kini adalah hari-hari ajaib mencari jernih
yang berlangsung di bawah sinaran mentari perit
yang telah dimaki oleh selautan manusia
di birai jiwa mereka yang merasai kekejaman
menumbuhkan jelek dari acuan 22 tahun lelaki
pendusta itu

1 comment:

  1. dan...
    lelaki itu yang kini tua
    masih belum jumpa ayat taubat
    masih mahu menongkat dunia
    dengan hartanya yang terlalu sarat

    dia tahu jika dia mula bertaubat
    selayaknya harta haramnya
    perlu dikembalikan kepada yang hak
    rakyat terbanyak

    ReplyDelete