Sunday, March 20, 2011

SEJUTA PUISI

sejuta puisi yang kita tulis
tidak mengubah sepadang pepohonan rendang
menjadi sebuah taman perumahan mewah

sejuta puisi yang kita tulis
tidak mengubah harapan seorang pelacur
mereka mahu wang

sejuta puisi yang kita tulis
si perasuah masih menuntut
sejumlah wang yang patut

sejuta puisi yang kita tulis
pencuri masih mencuri tabung masjid
masjid kini dibuka bukan setiap masa

sejuta puisi yang kita tulis
wanita bernafsu melebar lelaki yang memikul beban
kerana tuhan mengamanahkan

sejuta puisi yang kita tulis
masih mereka menadah harap kepada dubur seseorang
untuk menyambung hayat politik

sejuta puisi yang kita tulis
nafsu cinta masih membadai
kesinambungan hanya mereka yang tahu

sejuta puisi yang kita tulis
bayi tidak sah taraf masih dicampak dimerata
tali pusat belum dipotong

sejuta puisi yang kita tulis
seumpama talkin dideklamasikan di kuburan

No comments:

Post a Comment