Saturday, March 20, 2010

BERCAKAP BENAR

warna-warna kehidupan yang kujumpai
seperti lukisan hidup di atas kanvas
berseni dan perlu huraian

pelakon dan pelakonan
watak-watak yang tidak pernah layu

selalu aku diingatkan
bercakap benarlah, walau pahit
kerana selepas itu kita tidak lagi
perlu
mengingati apa-apa
berbanding
apabila kita sentiasa menipu
watak-watak itu akan hadir semula
lalu bertanya

2 comments:

  1. awi
    pahit itu benar
    sakit itu benar
    dan kawan ialah yg berkata BENAR dgnmu bukan
    yg memBENARkan kata katamu

    ReplyDelete
  2. kebenaran terlalu sukar dilahirkan...

    ReplyDelete