Tuesday, March 8, 2011

RUMPUTAN SUBUR DI HALAMAN

subur rumputan di halaman rindu
mengikis sayu ragu kemanusiaan yang culas
menanam sepohon peradaban
di bawahnya mereka berteduh

kerana mereka tahu tetapi takut
mengiyakan kata-kata kewajaran lalu mereka
berselindung di sebalik wajah-wajah kesat
si pemberani yang kelihatan yakin melemparkan kata-kata celupar
membolak-balikkan minda rakyat

kerana insan rupanya
penganjung jua
kepada kata-kata sipi
yang menyerupai
kebenaran
yang telah
dipasung mati ke jiwa raga mereka

inikah acuan ?
aku lalu bertanya
kepada rumput-rumput subur di halaman

1 comment: