di sini cinta mulai meluruh jatuh
rawan dan ragu
mulai melupai sempadan
kerana wajah-wajah bertopeng
mulai mengganggu fikiran rakyat
ketika wajah sebenar mulai terlihat
duhai wajah pura-pura
engkau terus dalam kepuraan
tanpa takut dan tanpa ngeri
tanpa peduli
topeng-topeng yang kau pakai
masih mempunyai darjat yang tersendiri
No comments:
Post a Comment