Wednesday, August 18, 2010

SALAM PUISI

kerana puisi menjadikan aku rindu kepada bulan
bulan yang sayu merenung aku
hempasan rindu kepada kehidupan
yang tenang lagi damai
mengasihi sesama insan
dan mendengar
rintihnya

kerana puisi adalah sahabat dekat
aku bicara
tentang apa sahaja yang aku ingini
bertengkar dengannya
atau tersenyum
puisi mengejek aku
kerana aku yang lemah

salam puisi kepada teman-teman
kerana puisi juga 'harga diri'

No comments:

Post a Comment