Tuesday, August 10, 2010

MUHASABAH

meneruskan perjalanan
menebus kesilapan
memugar hati
menjarakkan resah
supaya tenang
supaya terpancar jernih
airmuka
seperti air terjun
dari bukit

lelah diri
terjebak dalam persoalan
titik-titik noda
pernah bersimpuh
apabila syaitan
tidak pernah mati

mengasuh hati
seperti mengasah parang
supaya tajam dan berkilat
kukuh dan berdaya

memesan dan memperingatkan
kata-kata tuhan
betapa
tiada satupun boleh disanggah
diri terlupa namun kata-kata yang betul
tersua jua di pengakhirannya

1 comment:

  1. salam Zawawi,

    Salam Ramadhan, telah
    masuk kita ke
    daerah-Nya

    ReplyDelete