rupa-rupanya apabila tidak percaya
hati tidak memaafkan
mereka pun tidak pernah meminta maaf
penipuan atau ketelanjuran
atas nama dongeng politik
tetapi kerana politik itu
satu-satunya perjalanan 'ngeri' meminta kuasa
dari rakyat terbanyak
terpaksa ditempuhi juga nista
yang bergelombang itu tetap berpunca
dari hati
dari pengorbanan jua
sebahagian pula kerana nafsu
putar belit mereka
mencari nama dan kekayaan
menjadi-jadi
mereka perlukan wang
untuk menjadi juara
sesiapapun mungkin tersilap lagi
selepas bercampur aduk
memiliki wang dan kuasa
berhati-hati meletakkan 'kuasa hati nurani'
No comments:
Post a Comment