Saturday, August 14, 2010

TENTANG KESILAPAN

sekelumit yang ada pengetahuan
sedikit benar
untuk menceritakan

mudah-mudahan akal yang di beri tuhan
digunakan secara berhemah
menggerak-gerakkannya
supaya mampu kehadapan

dari pengalaman
beransur-ansur keluar dari tradisi
yang tidak berkesudahan

keluar dari lorong sempit
dengar bicara mereka
mencadangkan
dan melaksanakan
buat kajian semula

diberi kail dan sedikit umpan
jangan diberi mereka ikan

manusia tamak itu
kerling matanya tidak disedari
apabila dia memiliki
dia melupakan semua

di antara kekayaan dan bakti
rakyat kecil berdiri di tengahnya
ramai yang terpinga-pinga

(Khamis, 12.08.2010 : Penduduk Kuala Bagan Tiang,
Parit Buntar, Perak berkumpul untuk membantah
pembinaan kolam udang di atas tanah rizab untuk
penempatan semula kampung tersusun)

1 comment: