setiap titik indah adalah renungan
yang jati
mencari dan menafsir diri
di ruang lingkup kedamaian
hati
menyimpan suara yang berbuku
menyimpan dendam
menangkis rajuk
masih kerana kasih
masih kerana penghayatan
masih ada mimpi
di penghujung hari
yang bernama rindu semestinya
suasana
terukir pada cabang dan ranting
yang tertib
diri berdiri gagah
menjauhkan dari fatamorgana
No comments:
Post a Comment