mereka kata mereka tidak layak dan tidak mampu
membeli ikan yang elok
kicap dan telur ayam
memadailah
untuk hari ini
tidak pernah mereka faham tentang
pelaburan asing, FDI
tukaran asing
atau
kadar ringgit 'mengukuh'
berbanding dollar amerika
kita kononnya telah terkehadapan
siapakah pula mereka ini ?
merekakah yang memalukan 'wawasan 2020' ?
No comments:
Post a Comment