satu-satunya tentang hati
ialah pengorbanan yang lengkap
bukan semata-mata berjuang
untuk diri sendiri
berjuang jua berfikir jauh
meneropong nasib rakyat
apa bakal terjadi
bila keborosan
dulunya berleluasa
kami manusia kecil
sekalipun kelihatan amat bodoh berbanding kamu
kami jua tahu menangis
kegelisahan
apa jadi apabila agama islam diabaikan ?
takut kalah pilihanraya ?
ketika anak-anak muda asyik berpelukan
melayan nafsu
ketika ada yang ingin membuka 'sekolah mengandung'
ada berkata
mereka bukan mahu berkahwin
'hanya terlajak'
mereka terlalu muda untuk berkahwin
ya, semua itu 'kemungkinan' benar
jangan dibuang bahasa 'bodoh' seorang lelaki
yang berumah di masjid buruk
kata-katanya berpuluh tahun lalu
kini semakin nyata
'jangan asyik membina masjid
yang indah-indah untuk dilawati pelancong'
'Musabaqah Al-Quran itu ialah siulan orang-orang
yang mengerang kesakitan di dalam neraka', katanya lagi
No comments:
Post a Comment