Sunday, August 15, 2010

LIDAH ANGIN

lidah angin
menjilat pasar ramadhan
di jasin melaka, hanya dua minit
diambilnya tiga nyawa
sempena bulan mulia ini

(maafkan aku)
ketua menteri melaka yang kelihatan
amat baik lagi sempurna itu
pernah mengharamkan
'rombongan kakitangan kerajaan melawat kelantan'

ketua menteri yang kelihatan amat simpati itu
pernah memperolok-olokkan
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
dengan 'berkokok' seperti ayam jantan

semoga orang-orang melaka
mengambilkira 'isyarat' tuhan itu
tidak perlu berdalih

(Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika
merasmikan sebuah kelas Tadika PASTI
di Melaka, dengan sengaja UMNO melaka
mengadakan satu ceramah politik bersebelahan
pada waktu yang sama, dan Ketua Menteri Melaka
'berkokok' seperti ayam jantan, disambut dengan
kokokan oleh penonton yang hadir, dengan kata-
kata 'Haji Hadi ini hanya pandai berkokok, ekornya
bergelumang tahi'. Oleh kerana pembesar suara
digunakan UMNO Melaka berkuasa tinggi,
Tuan Guru dengan bersusah payah meneruskan
ucapannya. Dari airmuka Tuan Guru dapat
kita melihat 'kehebatan seorang pejuang Islam'
seakan-akan dia tidak pernah terpedaya)

1 comment:

  1. kalau rakyat melaka nak pi israel boleh...
    tapi kelantan tak boleh...
    itulah mentaliti songsang yang tak faham perlembagaan...
    dan terbit dari hati busuk...

    ReplyDelete