Tuesday, August 3, 2010

UNGGUL

keunggulan
kejituan
nama yang dibina
secara semulajadi
kerana bakat
diberi tuhan

tetapi
ada hakikat
ditemui pula
kegusaran
irihati
dengki
hasad
menjadi mainan

lebih dari semua
telah membunuh
bakat yang cerah
mereka itu
bergumpal dan hanyut
dari tali pasrah
dari tali Allah

demikian
setiap duka terimbas
di wajah lelaki itu
menghadap dunia
menghadap tuhan

namun kadangkala
manusia tetap kagum
sesama manusia

No comments:

Post a Comment